Johor
Bahru: Mangsa terakhir yang hilang selepas mandi di Pantai Tanjung Balau, Kota
Tinggi, berjaya ditemui 12.30 tengah hari ini.
Mayat
Muhammad Firdaus Mohd Salleh, 24, ditemui tersangkut pada batu kira-kira 400
meter dari lokasi dilaporkan hilang.
Jurucakap
Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, mayat mangsa ditemui pasukan mencari
bomba bersama anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
"Mayat
mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Kota Tinggi
untuk bedah siasat.
Pada
10.30 malam tadi, mayat rakannya, Mohd Marwan Mazlan ditemui selepas hilang
dibawa arus.
Seorang
lagi sahabat mereka, Shafiq Sabirin berjaya diselamatkan orang ramai dalam
kejadian kira-kira 7.30 malam tadi.
Sumber
0 Response to "Mangsa Lemas Pantai Tanjung Balau Kota Tinggi Terakhir Ditemui"
Post a Comment