
Pihak
berkuasa Bandung semalam telah mengisytiharkan darurat selepas banjir melanda
wilayah berkenaan semakin buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan semakin
tinggi.
Menurut
Ketua Agensi Kawalan Bencana Bandung Marlan. keputusan mengisytihar darurat bagi
wilayah tersebut dilakukan ekoran keadaan banjir dikawasan itu bertambah buruk.
Perintah darurat ini berkuatkuasa sehinga 29 Disember dan akan dilanjutkan jika
keadaan memaksa.
“Banjir
melanda Bandung sejak beberapa hari lalu. Kerana itu adalah sesuai untuk
mengisytiharkan darurat,” kata
Marlan.
Menurut
Marlan, di daerah Dayeuhkolot dan Baleendah, sekurang-kurangnya 17,000 sudah
dipindahkan melibatkan 6,000 buah rumah ditenggelami banjir.
Selain
itu, banjir situasi banjir di Jawa Tengah dan juga di Aceh tidak menunjukkan
tanda-tanda pulih dengan beberapa kampung di wilayah Banyumas teah tenggelam
kelmarin yang memusnahkan ratusan hektar kawasan pertanian.
Pemangku
ketua agensi kawalan bencana wilayah, Prasetyo Budi Widodo berkata belum ada
penduduk yang dipindahkan.
“Banjir
yang melanda beberapa daerah di sini perkara biasa setiap kali musim hujan.
Paras air masih belum di tahap mencemaskan. Tetapi tanah sawah sudah banyak yang
tenggelam,” kata
Prasetyo.
Manakala
di Aceh pula, seorang penduduk mati selepas dihanyutkan arus deras Sungai Aceh
sementara petani terpaksa memindahkan haiwan ternakan mereka ke kawasan lebih
tinggi di wilayah Aceh Besar.
Langkah
itu diambil selepas keadaan banjir semakin buruk setelah air Sungai Aceh
melimpah tebing.
0 Response to "Mangsa Banjir Cecah 17,000 Orang, Bandung Diisytihar Darurat"
Post a Comment