Lelaki Pecah Cermin Kereta Hilux Milik Kerajaan Sudah Serah Diri
Kuala Lumpur: Lelaki yang bertindak samseng memecahkan cermin kereta sebuah kereta Hilux milik Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat di Lebuhraya SILK telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang lebih kurang jam 5.30 petang semalam.
Lelaki berkenaan, yang juga seorang jurulatih kecergasan memandu kereta MyVi milik tunangnya ketika kejadian.
Selain memecahkan cermin Hilux, lelaki tersebut juga dilaporkan menggugut kakitangan Pejabat Kesihatan tersebut. Sebab ugutan tidak pula dinyatakan.
Tindakan lelaki berkenaan telah mendapat perhatian ramai setelah gambarnya bersama stereng lock disebar di media sosial.
0 Response to "Lelaki Pecah Cermin Kereta Hilux Milik Kerajaan Sudah Serah Diri"
Post a Comment