Seekor
kucing ditemui masih hidup selepas tersilap masuk ke dalam salah satu kotak yang
dipos dari Suffolk, Virginia dan mengambil masa selama sebulan sebelum tiba di
Hawaii.
Sepanjang
tempoh sebulan berkenaan, kucing yang diberi nama Mee Moowe oleh tuannya ini
tidak makan mahu pun minum.
Menurut
pemilik kucing ini, Ashley Barth menyatakan kucingnya itu didapati hilang
September lalu ketika pihak yang diupah sibuk mengemas barangan milik
keluarganya yang akan berpindah ke Hawaii.
Rupa-rupanya
ketika itu Mee Moowe telah termasuk ke dalam salah satu kotak sebelum tiba di
kediaman baru keluarga tersebut, 36 hari kemudian.
Barth
berkata, dia membuka salah satu kotak yang dihantar ke rumahnya selepas
sayup-sayup terdengar bunyi ‘meow’. Selepas kotak terbuka, kelihatan kucing
kesayangannya yang kurus kering hingga tak mampu berjalan berada di
dalamnya.
Mee
Moowe segera dibawa kepada doktor haiwan yang mengesahkan kucing itu mengalami
simpton kebuluran.
Menurut
Barth, doktor haiwan memaklumkan bahawa amat suka untuk menerima hakikat kucing
tersebut telah hidup tanpa makanan dan minuman selama 36 hari meskipun ia tidak
mustahil.
0 Response to "Kucing Masih Hidup Lepas 36 Hari Kena Pos"
Post a Comment