Klang: Bayi perempuan cukup sifat yang dipercayai baru dilahirkan ditemui di hadapan rumah di Jalan Batu Nilai, Bukit Tinggi, di sini, pagi ini.
Bayi
terbabit ditemui wanita warga Indonesia yang mahu keluar daripada rumahnya dan
lengkap berbalut dengan kain serta diletakkan di pintu depan rumah
berkenaan.
Timbalan
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Goh Lee Fook, berkata sebaik
menemui bayi terbabit, wanita berusia 40-an itu membawanya masuk ke rumah dan
mendapati tali pusat bayi sudah dipotong.
"Bayi
terbabit dipercayai dilahirkan dalam 24 jam lalu dan tiada dokumen ditinggalkan
bersamanya. Polis yang dimaklumkan penemuan itu kemudian ke lokasi sebelum
membawa bayi itu ke HTAR (Hospital Tengku Ampuan Rahimah) untuk rawatan lanjut
dan kini dilaporkan stabil," katanya.
0 Response to "bayi Perempuan Ditemui Berbalut Tanpa Tali Pusat"
Post a Comment