Syarikat
pemborong, IWC Aquastic memutuskan untuk memberikan secara percuma ketam berbulu
kepada rakyat Malaysia untuk dinikmati.
Kali
ini tawaran dibuka kepada semua kaum selepas Oktober lalu, pemberian ketam
berbulu hanya dibuka untuk kaum Cina sahaja hingga mencetuskan isu
rasis.
Menurut
pengurus IWC Lim Tiong Yuan,pemberian ketam berbulu percuma ini bakal dibuat di
NSK Trade City, Kuchai Lama.
“Pemberian
itu akan berlangsung sehingga 26 Disember ini dari jam 2 petang hingga 5
petang,” katanya kepada portal The Rakyat Post.
Namun
demikian untuk memastikan agihan berlancar lancar, mereka yang ingin mendapat
ketam percuma perlu menunjukkan kad pengenalan bagi mengesahkan kewarganegaraan
mereka, juga mengelakkan kekeliruan.
Ketika
agihan sebelum ini dibuat, setiap orang diminta menunjukkan kad pengenalan bagi
membuktikan mereka merupakan kaum Cina sebelum diberikan seekor ketam
berbulu.
Salah
seorang kakitangan syarikat memberitahu, pemberian tersebut dilakukan kepada
kaum Cina sahaja kerana ia merupakan tradisi buat mereka memakan ketam
berbulu.
Tambahnya
lagi, ia biasa dilakukan bersempena musim luruh di China yang mana ketam berbulu
telah matang dan menjadi santapan istimewa masyarakat sana.
Buat
yang kepingin menikmati hidangan tersebut, bolehlah dapatkannya secara percuma
di NSK Trade City, Kuchai Lama.
Namun
buat penganut Islam, pastikan ia halal sebelum menjamahnya!
0 Response to "Ketam Berbulu Diberikan Percuma Kepada Rakyat Malaysia?"
Post a Comment