PESHAWAR: Beberapa laporan
mengenai serangan militan Taliban ke atas sebuah sekolah di Pakistan amat
mengejutkan dengan dakwaan kepala kanak-kanak dipenggal dan seorang guru dibakar
hidup-hidup.
Kumpulan pengganas itu menyerang
Sekolah Awam Tentera di Peshawar di barat laut Pakistan pada Selasa,
mengorbankan lebih 140 orang, dengan kebanyakan mereka adalah
pelajar.
Laporan mengejutkan membabitkan
tragedi berdarah itu bermula daripada satu sumber menyatakan beberapa
kanak-kanak terbunuh, dengan mendakwa antara mereka yang berusia lima tahun
telah dipenggal kepala.
“Mereka bakar seorang guru di
hadapan para pelajar di sebuah kelas.
“Mereka membakar guru itu
menggunakan minyak gasolin dan memaksa pelajar untuk
menyaksikannya,”
Seorang pelajar Sekolah Awam
Tentera di Jalan Warsak di sini terpaksa berlakon seolah-olah dia telah mati
dibunuh apabila seorang daripada ahli kumpulan Taliban memeriksa mayat
pelajar-pelajar yang dibunuh dalam serangan kejam pada Selasa.
Serangan yang didakwa dilakukan
oleh Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) itu dilakukan secara sistematik dengan
pembunuhan pelajar dibuat dari kelas ke kelas.
Berikutan itu, seramai 132
pelajar dan sembilan kakitangan termasuk guru maut dalam insiden yang mendapat
perhatian dunia itu.
Mangsa yang terselamat, Shahrukh
Khan, 16, berkata, ketika tembakan dibuat, dia berjaya bersembunyi di bawah
meja.
"Tetapi selepas itu, seorang
lelaki memakai but hitam telah datang ke arah saya untuk memeriksa mayat sambil
melepaskan tembakan ke arah badan mayat pelajar yang
bergelimpangan.
"Ketika itu, saya
berpura-pura seperti mati dengan menutup mata dan bersembunyi di tepi mayat
rakan.
"Badan saya mengeletar. Saya
tahu kematian semakin hampir. Saya tidak akan lupa but hitam yang menghampiri
saya ketika itu," cerita pelajar yang masih trauma itu.
Sementara itu, Perdana Menteri,
Nawaz Sharif mengumumkan bahawa negara itu akan berkabung selama tiga hari
bermula Rabu.
Lihat gambar-gambar yang
menyayat hati mangsa-mangsa yang terkorban dalam serangan kejam
tersebut.
Sumber: Dailymail.co.uk
0 Response to "KEJAM!! Serangan Taliban di Pakistan: Pelajar Terselamat Menceritakan Detik Dia Berlakon Mati Di Celah Mayat Rakan Yang Dipenggal Kepala"
Post a Comment