Bagaimana
hukum memakai inai yang berukir di tangan. Sekarang ini ramai perempuan
(pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan berupa awan larat
ataupun daun. Kita lihat dan nilai berdasarkan hadis Nabi ini :Dari Ibnu Umar
r.a katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut
dan meminta rambutnya disambungkan.
Dan
Baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu." [hadith bil. 2003 :
Sahih Muslim]Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Allah mengutuk wanita
yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita
lain,wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat
gambar di
kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar
dengan tusukan (alat pengukir)" [hadis bil. 1685 : Sahih
Bukhari]
Jelas
Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat
Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori
tatu,kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari."Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia Kali
Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum
Pemakaian
Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:-
Pemakaian
inai pada kedua tangan dan kaki adalah
diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana
tidak menimbulkan fitnah.- Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua
tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja,
manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi
sebarang unsur yang meragukan...
Mengenai
corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan
tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang
dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak
adalah dilarang.-Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah
tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis
perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.Jangan sampai kita menolak syariat
semata-mata untuk mengikut adat...
Apa
gunanya kita beragama Islam, apa gunanya kita bermazhab jikalau kita tidak
mengikuti syariat dan hukum yang telah ditetapkan. Sama-sama kita renungkan
wahai pembaca yang budiman..* Sapa2 yang nak share xperlu mintak kebenaran,sudah
menjadi tanggungjawab kita semua berpesan2 dan ingat...
0 Response to "HUKUM WANITA MENGUKIR HIASAN PADA TANGAN MENGGUNAKAN INAI"
Post a Comment