Hot !

Himpunan Foto Elfira Melancong Di Australia


ELFIRA Loy boleh dikira bertuah kerana popularitinya sentiasa mencanak sejak bermula sebagai pelakon cilik hinggalah menjadi anak gadis jelita.
Kebanyakan drama dibintanginya berjaya mencuri hati peminat hinggakan dirinya jadi pilihan beberapa produk terkenal untuk disunting sebagai duta produk.
Tidak hanya sebagai pelakon, kini Elfira diberi peluang mengelolakan sebuah program TV iaitu Madmarkets bagi musim ketiga untuk siaran TV9.
Pastinya ramai yang tidak sabar melihat bakat gadis genit ini berkongsi informasi perihal tempat-tempat pelancongan yang bakal dilawati.
Bagi yang mengikuti laman sosial Instagram milik Elfira, pastinya perasan dia kini sedang melancong sambil bekerja di Sydney,  Australia.
Pelbagai ‘pose’ dan lokasi menarik yang dimuat naik dalam akaun Instagramnya memang menimbulkan keterujaan sesiapa sahaja untuk ke negara Kangaroo dibuatnya.






0 Response to "Himpunan Foto Elfira Melancong Di Australia"

Post a Comment