Seekor
harimau Siberia yang pernah dilepaskan oleh Presiden Russia Vladimir Putin
dikatakan telah membaham seekor anjing sehinggakan rakaman video kejadian itu
disebar meluas di negara itu.
Harimau
berkenaan adalah antara tiga ekor harimau spesis sama yang dilepaskan Putin di
sebuah wilayah terpencil, Amur di Rusia pada bulan Mei lepas.
Pada
mulanya, Kuzya merupakan antara tiga ekor anak harimau Siberia yang ditemui
kelaparan di hutan kira-kira dua tahun lalu sebelum diselamatkan dan dilatih
untuk berburu sebelum dilepaskan.
Melalui
alat pegesan GPS yang dipasang di leher harimau berkenaan, ia dikesan telah
melintasi sempadan Russia dan masuk ke China.
Di
negara China, harimau itu yang dinamakan Kuzya bukan sahaja telah dikesan
membaham haiwan peliharaan penduduk tetapi juga mengganggu haiwan
ternakan.
Kuzya
dikatakan telah kembali semula ke Russia.
Dalam
klip video berkenaan, Kuzya dilihat sedang memakan seekor anjing yang
dibaham
Sumber
0 Response to "Harimau Yang Pernah Dilepaskan Putin Baham Anjing Di China"
Post a Comment