Hot !

Gadis Dikhuatiri Lemas Selepas Jatuh Sungai Kerana Bergurau


JELI – Seorang gadis berusia 18 tahun dikhuatiri lemas setelah dihanyutkan arus Sungai Pergau di Kampung Timur, di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, mangsa, Siti Norsamilah Azmi (gambar), mandi bersama kakaknya, Siti Norsalmi, 22 dan adiknya, Siti Shakira, 14, di sungai yang terletak 500 meter dari rumah mereka.

Menurut Siti Shakira, mereka bertiga telah turun ke sungai secara berpegangan tangan dengan didahului oleh mangsa.-Kosmo

0 Response to "Gadis Dikhuatiri Lemas Selepas Jatuh Sungai Kerana Bergurau"

Post a Comment