
Sekali
pandang, Aditya Kumar kelihatan seperti orang dewasa dengan janggut dan misai
tumbuh di mukanya. Namun hakikatnya, Aditya belum pun mencapai usia dua tahun,
namun disebabkan sejenis penyakit yang jarang ditemui, dia kelihatan lebih tua
berbanding usianya.
Dilahirkan
dalam keluarga petani di Bihar, Aditya yang berusia 18 bulan menghidap sindrom
Cushing iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan ketidaktentuan hormon sekali gus
mengakibatkan bulu tumbuh di seluruh badan.
Namun ketika
dilahirkan, ibu bapanya mendakwa Aditya adalah normal, sema seperti bayi yang
lain namun selepas usianya mencecah setahun, tanda-tanda penuaan mula berlaku.
Beratnya mula meningkat mendadak dan mukanya mula ditumbuhi misai, sama seperti
lelaki dewasa yang lain. Ibu bapanya yang bimbang dengan keadaan itu telah
membawa Aditya ke hospital.
Dia
kemudiannya dibawa ke pakar kanak-kanak di klinik Dr. S.A. Krishna oleh bapanya,
Vinay Sao serta neneknya. Bagaimanapun Dr Krishna yang memeriksa Aditya
memaklumkan mengenai keadaan bayi tersebut dan dia mungkin terpaksa menjalani
pembedahan atau rawatan radiation untuk menyembuhkannya.
Susulan itu,
Aditya telah dirujuk ke All India Institute of Medical Sciences (AIIMS) di Delhi
untuk rawatan lanjut namun masalah kewangan menghalang bayi itu dirawat di
institut berkenaan. Sebaliknya ibu bapanya mahu dia dirawat di Patna oleh Dr
Krishna. Dalam pada itu, Dr. Krishna berkata, beliau memang meminta ibu bapa
Aditya membawa kanak-kanak itu ke AIIMS.
“Penyakit
ini berlaku akibat masalah hormone. Laporan ultrasound yang dijalankan mendapati
terdapat tumor dalam kalenjar adrenalin di atas buah
pinggangnya.
“Ia
kemungkinan punca kepada masalah ini, namun lebih banyak ujian perlu dijalankan
ke atas Aditya dan ia hanya boleh dilakukan di AIIMS.
0 Response to "Budak Berusia 1 tahun Sudah Ditumbuhi Misai Dan Janggut"
Post a Comment