Hot !

Bekas Teman Lelaki Perangkap Kami - Putri Mardiana


Putri Mardiana Zainal Abidin menyifatkan insiden dia ditangkap khalwat pada malam Ahad lalu ada hikmah meskipun dikecam teruk dan terpaksa menanggung malu.



“Saya ke mahkamah tadi kerana kes perceraian teman lelaki saya. Hari ini kami ambil surat cerai Ejump dan syukur kes itu sudah selesai. Teman lelaki saya bukan lagi suami orang dan selama ini saya sering menemaninya ke mahkamah menjalani prosiding perceraiannya itu”

“Sebenarnya, kami memang sudah merancang mahu bernikah. Kalau tiada aral, majlis pernikahan kami akan berlangsung selepas raya tahun depan,” jelasnya.

Pelakon ini turut menjelaskan ketika kejadian tangkapan itu berlaku, teman lelakinya itu baru hanya menghantar dirinya pulang sebelum masuk sebentar untuk minum air.

"Mereka bersepakat kenakan saya dan bekas teman lelaki saya minta nombor rumah saya daripada tuan rumah. Dia juga yang membuat aduan kepada pihak JAIS sehingga serbuan dibuat," katanya. 

“Kemudian JAIS datang dan saya suruh teman lelaki membuka pintu. Kami tidak lari kerana buat apa kami nak takut, sedangkan ketika itu kami tidak buat apa-apa. Kami pun masih dalam keadaan berbaju lengkap. Saya siap jemput JAIS minum dan mereka jadi serba salah,” jelasnya.

Dalam sebuah akhbar hari ini melaporkan selebriti berstatus janda anak ditangkap khalwat bersama seorang lelaki di kondominium di Ukay Perdana. 

Dalam pada itu, dia bersyukur kerana keluarga masing memang sudah tahu mengenai hubungan mereka. Walaupun berlaku perkara tersebut, dia tidak merancang untuk mempercepatkan pernikahan dengan Ejump. "Keluarga sudah tahu hubungan kami tetapi buat masa ini kami tak berhasrat percepatkan pernikahan sebab kami bukan mahu kahwin kerana perkara itu (ditangkap khalwat). "Saya terima dan terpaksa hadap semua ini. 

Saya tahu memang ada pihak yang tidak boleh tengok saya bahagia dan ada saja yang dengki. "Tak mengapalah, hari ini mungkin hari saya. Terima kasih pada pihak yang telah buat saya popular. Kalau ini cara dapat puaskan hati dia, kami dah puaskan hati dia. "Apa yang penting sekarang ini, anak-anak saya selamat," katanya. Putri Mardiana sebelum ini pernah berkahwin dan dikurniakan 3 cahaya mata yang kini dibawah jagaan bekas suaminya.

via ooomedianetwork.blogspot.com

0 Response to "Bekas Teman Lelaki Perangkap Kami - Putri Mardiana"

Post a Comment