Hot !

Bayi Lemas Jatuh Kolam Di Sarawak


Serian – Seorang ibu kelu dan terkejut apabila melihat bayi lelakinya berusia 16 bulan lemas dalam sebuah kolam selepas sejam dilaporkan hilang di Kampung Bayor, Balai Ringin, kelmarin.
Kejadian berlaku pada jam 11.30 pagi ketika bayi terbabit Matles Marselino berseorangan bermain di belakang rumah yang turut menempatkan sebuah kolam dengan kedalaman 0.3 meter.
Sumber polis berkata, kehilangan Matles disedari sejam kemudian selepas wanita itu tidak melihat kelibat bayi terbabit sebelum keluar mencari di sekitar belakang rumah.
“Ibu mangsa cuba memanggilnya, namun tiada sahutan sebelum mencari berhampiran kolam terbabit dan melihat anaknya dalam keadaan keadaan tidak sedarkan diri di dalam kolam itu.
“Wanita itu cuba menggerakkan tubuh anaknya, tapi tiada tindak balas lalu memaklumkan perkara itu kepada suaminya. Bayi itu dikejarkan ke Klinik Desa Balai Ringin, namun doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya. – myMetro Online

0 Response to "Bayi Lemas Jatuh Kolam Di Sarawak"

Post a Comment