Hot !

Bayi Hampir Maut Selepas Bomoh Guna Besi Panas


India – Akibat percayakan bomoh, seorang wanita hampir kehilangan bayi perempuannya yang berusia dua bulan, yang menghidap radang paru-paru.
Wanita itu, Somvati Seheriya, 22, tidak membawa bayinya ke hospital sebaliknya membawa anak itu menemui bomoh, yang kemudiannya menggunakan besi panas yang ditekap ke atas perut bayi berkenaan bagi mengubati penyakit tersebut.
Dianggarkan terdapat kira-kira 40 kesan pisau panas di perut bayi tersebut.
Keadaan bayi itu bukan semakin sembuh malah makin teruk. Bayi terbabit kemudian mengalami demam panas pada keesokannya.
Somvati yang kematian anak sulungnya tahun lepas akibat penyakit sama, dikatakan menyesal kerana tidak membawa anaknya itu menemui bomoh terbabit.
Justeru apabila bayinya menghidap radang paru-paru, dia percaya bomoh itu mampu menyembuhkannya.
Selepas bayi itu semakin kritikal, barulah dia dan suaminya, Giru, membawa anak itu ke hospital kerajaan.
Menurut doktor yang merawat bayi itu, Dr Gobind Singh, ketika dibawa ke hospital, bayi itu berada dalam keadaan parah dan sukar benafas.
Dia kemudiannya diberikan nebulizer serta ubat dan selang beberapa hari keadaan bayi tersebut kembali pulih.

0 Response to "Bayi Hampir Maut Selepas Bomoh Guna Besi Panas"

Post a Comment