Jika semalam sebuah laporan
dari egensi penyiasatan Rusia melaporkan mengenai satu atau dua jet pejuang
dikesan berdekatan dengan pesawat MH17 ketika ianya terhempas di Ukrain, hari
ini satu gambar yang didakwa saat pesawat pejuang Ukrain melepaskan tembakan
tepat ke pesawat MH17 pula disebar oleh media Rusia. Gambar tersebut didakwa
diambil dari satelit US ataupun British.

Bagaimanpun, ramai yang
mempersoalkan kesahihan gambar tersebut lebih-lebih lagi resolusi gambar
berkenaan yang begitu jelas. Seorang pemilik akaun Twitter, Brown Moses,
menyatakan beberapa tekstur peta yang digunakan di dalam gambar tersebut berasal
dari peta google earth pada tahun 2012.

Brown Moses juga mendedahkan
peta yang digunakan sebagai latar belakang pesawat ketika 'zoom in' berasal dari
peta laman web yandax.

Dan satu lagi isu yang menjadi
persoalan ramai adalah jarak tembakan jet pejuang berkenaan yang berukuran
kira-kira 50 kilometer. Jarak ini bercanggah dengan laporan yang dikeluarkan
oleh Rusia juga baru-baru ini yang mengatakan MH17 diserang dari jarak 400 meter
sahaja
![]() |
Jarak yang dikira menggunakan posisi jet pejuang berada dan posisi MH17 berada adalah 50KM. Pengiraan dibuat berdasarkan struktur bumi dan bantuan Google Maps. |
![]() |
Laporan yang menyatakan pesawat diserang dari jarak 400m oleh Rusia - 1TV.ru adalah media dari Rusia yang menyiarkan laporan tersebut. |
Hasil dari siasatan pengguna
internet juga, gambar yang didakwa MH17 dikatakan berasal dari satu gambar yang
mana asalnya merupakan gambar bagi wallpaper desktop.


Selain dari isu diatas,
beberapa perkara lain juga dibangkitkan oleh pengguna-pengguna di internet
seperti saiz kapal terbang dengan jarak permukaan bumi, kedudukan lambang MAS,
masa yang dipaparkan dalam gambar berkenaan dan juga bahagian kapal terbang yang
terkena tembakan .
Bagi yang ingin melihat gambar
asal (HD) yang disebarkan oleh pihak Rusia, anda boleh mengikuti pautan ini.
via Siakapkeli.
0 Response to "Terkini - TV Rusia Dedah Gambar Saat MH17 Ditembak Jet Pejuang"
Post a Comment