
BANGKOK
– Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) yang kini menetap di Thailand
mendakwa, dia berjaya mengurangkan berat badannya selepas mengamalkan memakan
serangga.
Lelaki
itu, Jason Brink, 29, berkata, dia mengamalkan makan serangga selepas secara
tidak sengaja memakan haiwan berkenaan di sebuah kelab malam di sini beberapa
bulan lalu.
Sejak
kejadian itu, Brink terus menjadikan serangga termasuk tebuan dan semut sebagai
antara menu dalam dietnya selepas mendapati makanan itu mempunyai kandungan
protein yang tinggi serta sihat.
“Saya
tidak makan makanan yang mempunyai lemak yang tinggi sebaliknya memakan makanan
yang dicampur dengan pelbagai jenis serangga.
“Sejak
beberapa bulan lalu saya berjaya mengurangkan berat badan saya sebanyak beberapa
kilogram dan berasa semakin sihat,” katanya.
Menurutnya,
serangga seperti belalang dan cengkerik mempunyai kandungan kalori yang rendah
sekali gus membantu seseorang itu mengurangkan berat badan. – Agensi
0 Response to "Lelaki Makan Serangga Untuk Kurus"
Post a Comment