Hot !

Katty Perry Kutip RM3.6 Juta Pendapatan Dari Konsert

LOS ANGELES 23 Nov. – Pe­nyanyi, Katy Perry dilapor­kan menerima purata pen­dapatan kasar hampir AS$1.19 juta (RM3.6 juta) selepas mengadakan 88 persembahan sempena konsert jelejahnya, Prismatic World Tour.



Laman web selebriti Female First melaporkan, pe­nyanyi lagu Dark Horse itu masih mempunyai baki 44 persembahan di seluruh dunia.Jumlah itu didedahkan oleh laman web muzik, Billboard berdasarkan kutipan jualan tiket konsert tersebut termasuk di Mexico dan Australia.

Konsert Prismatic World Tour dijangka mencatat kutipan kasar AS$157 juta (RM471 juta) daripada 132 persembahan.Dua persembahan ter­akhir Perry turut dirakam untuk dijadikan sebuah fi­lem mengenai konsertnya, namun tidak dapat dipastikan sama ada akan di­ta­yangkan di panggung wa­yang atau dijual dalam bentuk cakera padat video.

Perry akan melengkapkan konsert Prismatic World Tour di Australia pada 15 Disember ini sebelum ke New Zealand dan Eropah dan persembahan terakhirnya akan diadakan di Stockholm, Sweden pada 22 Mac ini.

Related Posts :

0 Response to "Katty Perry Kutip RM3.6 Juta Pendapatan Dari Konsert"

Post a Comment