
Geneva: Jam Henry Graves
Supercomplication semalam dijual dalam bidaan dengan harga menakjubkan- £13.4
juta (RM71 juta).
Hasil rekaan Patek Philippe
itu adalah jam tangan buatan tangan paling kompleks pernah dicipta dengan
anggaran harga £10 juta (RM52 juta).
Pengumpul jam tangan mewah
berebut-rebut membida untuk memiliki jam tangan berkenaan selepas tawaran awal
sebanyak £5.85 juta dibuat.
Keadaan juga menjadi tegang
apabila harga dibida meningkat kepada £11.7 juta (RM62 juta) sebelum akhirnya
dijual pada harga RM71 juta-rekod dunia baru bagi Sotheby's diiringi tepukan
gemuruh semua orang.
Jika termasuk dengan kos
bidaan, pembelinya yang hanya dikenal pasti sebagai 'lelaki bertali leher merah'
membayar keseluruhan £15.1 juta (RM80 juta).
0 Response to "Jam Henry Graves Supercomplication Bernilai RM71 Juta"
Post a Comment