Bekas
ratu cantik Malaysia, Erra Fazira mengakui bahawa dia sedang berkawan dan
mengenali seseorang jejaka. Dia yang ditemui semasa pelancaran Teater 3 Ratu
memberitahu yang tujuannya menjelaskan perkara itu adalah supaya tidak dikaitkan
dengan mana mana VVIP.
“Saya tak mahu untuk bercakap
soal ini, tetapi bila saya diamkan, saya dikaitkan dengan orang itu dan ini, ia
menjadi masalah kepada saya, masyarakat pandang tak elok, apatah lagi ibu
tunggal seperti saya, orang yang kita berkawan pun menyebabkan kesukaran
kepadanya dalam menghadapi situasi ini,” katanya.

Tambahnya lagi, jejaka bertuah
itu baru sahaja dikenalinya dan masih dalam proses berkawan dan tidak ada
apa-apa perancangan hingga ke fasa tertentu. Dia yang tidak begitu mahu
menyentuh soal ini menjelaskan cukuplah jejaka itu matang dan lebih
berpengetahuan darinya.
“Alhamdulillah dia bujang,
baru berkawan. Ciri-ciri yang ada mungkin kali ini saya bila berkawan dengan
orang cukuplah dia sederhana, apa yang penting seseorang itu boleh membimbing
saya. Dia matang, dan lebih berpengetahuan”
“Saya perlu ada rasa hormat
untuk saya bersama. Proses nak berkawan bila ada elemen-elemen tak sihat dia
akan sedikit mengganggu. Saya tak kisah sama ada oramg luar atau orang dalam
industri. Persahabatan kami unik, dia tak perlu berjumpa, peringkat seterusnya
hanya masa yang akan menentukan,” tambah Erra Fazira lagi.
Sementara itu, Teater 3 Ratu
bakal membariskan barisan pelakon-pelakon yang hebat seperti Erra Fazira, Soo
Wincci dan Izreen Azminda yang akan dipentaskan Disember ini.
Sumber
0 Response to "Erra Fazira: Cukup Orang Tahu Kami Kini Berkawan, Bukannya VVIP"
Post a Comment