
Kuwait
– Polis semalam menahan seorang lelaki yang mencuri sebuah kereta mewah setiap
bulan hanya untuk menggembirakan teman wanitanya.
Penangkapan
itu dibuat selepas polis menahan teman wanita lelaki berkenaan memandu sebuah
kereta curi.
Apabila
disoal, wanita itu berkata, kereta berkenaan hadiah daripada teman
lelakinya.
Dia
juga memberitahu teman lelakinya memberinya kereta mewah berlainan setiap
bulan.
Bagaimanapun,
dia terkejut apabila diberitahu kereta dipandunya itu kereta curi.
Akhbar
Al Watan melaporkan, wanita itu memberikan maklumat teman lelakinya yang
membolehkan lelaki itu ditangkap.
Lelaki
itu ketika disoal siasat mengaku memberitahu teman wanitanya bahawa dia
jutawan.
Untuk
meyakinkan kekasihnya, dia mencuri kereta mewah setiap bulan untuk diberikan
kepadanya. – Agensi
0 Response to "Curi Kereta Mewah Setiap Bulan Untuk Kekasih"
Post a Comment