Hot !

Anggota Tentera Parah Kemalangan


Jasin: Tiga anggota tentera parah selepas pacuan empat roda dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kilometer 187, Lebuhraya PLUS arah selatan, di sini, petang semalam.


Kejadian kira-kira jam 3.40 petang itu juga menyebabkan seorang anggota tentera cedera ringan.

Difahamkan mereka dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Johor Bahru untuk menghadiri kursus sebelum kenderaan dinaiki hilang kawalan sebaik tiba di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, kenderaan dinaiki mereka hilang kawalan dan merempuh besi penghadang tengah sebelum berpusing dan terbalik beberapa kali.

"Kenderaan dinaiki mereka dipercayai merempuh tebing bukit di kiri jalan menyebabkan tiga anggota tentera parah di bahagian kaki dan badan manakala seorang lagi hanya cedera ringan.

"Kesemua mangsa yang parah dihantar ke Hospital Jasin menggunakan ambulans Klinik Kesihatan Durian Tunggal dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk rawatan lanjut," katanya.

0 Response to "Anggota Tentera Parah Kemalangan"

Post a Comment