Hot !

Tips Untuk Menjadi Seorang Yummy Mummy!

Siapakah Yummy Mummy atau Ibu paling hangat pada pendapat anda. Ramai yang memilih antara Angelina Jolie dan Jennifer Lopez. Haih, jangan lupa Malaysia pun ramai golongan Yummy Mummy, misalnya selebriti seperti Daphne Iking, Sazzy Falak, Nora Danish, Rozita Che Wan dan seangkatan.

Mana tidak dinobatkan ‘ibu bergetah’, lihat sahaja bagaimana mereka menjaga penampilan daripada paras rupa sehinggalah gaya pakaian!

Jadi kali ini kita fikirkan, bagi wanita yang sudah bersuami dan bagi mereka yang baru ingin mendirikan rumah tangga, biarpun bergelar seorang isteri dan ibu nanti, jangan abaikan kecantikan diri sendiri!

Mari kita lihat bersama tip untuk menjadi seorang Yummy Mummy, tanpa mengeluarkan belanja melampau seperti Kate Middleton!

Bersenam 3 kali seminggu 

Atau ikut telunjuk Yummy Mummy Sazzy Falak, dengan amalkan bersenam selama 45 minit setiap minggu. Bagi yang berkemampuan, untuk ikuti senaman atau training separa mati di BodyTone atau kelas Yoga bolehlah, tetapi bagi mereka yang ingin menjimatkan kos, amalkan jogging keliling kawasan rumah pada hujung minggu sebelum anak-anak bangun. 

Erra Fazira, salah seorang Yummy Mummy juga, pula amalkan bermain badminton sekurangnya dua kali seminggu. Boleh diajak suami tersayang bermain badminton pada hujung minggu!

Senaman ringan yang boleh dipelajari di Youtube juga sangat membantu, boleh dilakukan bersama si kecil! Anak terjaga, badan pun terjaga, suami takkan lari!

Gaya stylo!
Tengok Marion Caunter dan suami, memang bahagia sangat. Mana tidaknya, terutamanya apabila si Nasa dapat isteri secantik dan stylo macam Marion. Bukan nak suruh seksi di luar, tetapi cukup untuk menarik kembali pandangan si dia tersayang. Ada anak bukan alasan untuk berpakaian macam bibik. Berbelanja untuk baju pula tidak perlu yang berjenama dan mahal. Pastikan saiz betul dan cantik dipakai.

Jaga permakanan

Nak cantik bukan senang. Mungkin ramai fikirkan barisan selebriti ini mengeluarkan belanja yang banyak untuk kekal cantik dan langsing. Namun sepertimana yang diakui Daphne Iking, beliau tidak mengeluarkan kos melampau untuk sertai gym malah beliau banyak menjaga permakanan di samping ikuti kelas yoga. 


Elakkan makanan berminyak, terlalu banyak gula dan karbohidrat. Erra Fazira pun ikut petua ini, kerana percaya salah makan bukan sahaja nampak di ukuran pinggang, malah nampak di wajah juga! Tak tentu pasal naik jerawat macam anak dara pula!

Jaga kulit

Siapa lagi Yummy Mummy berkulit gebu selain Bunga Citra Lestari, isteri kesayangan Asyraf Sinclair dan ibu kepada Noah? Pakai sabun Lux sahaja memadai untuk memastikan suami kekal sayang. 

Hakikatnya, bukan jenama sabun yang kekalkan cinta si dia dan anak-anak. Pastikan anda lindungi kulit daripada sinaran matahari. Bukan sekadar wajah sahaja, pastikan leher dan tangan juga dilindungi! 

Lihat, bukan sukar untuk menjadi seorang Yummy Mummy!

Related Posts :

0 Response to "Tips Untuk Menjadi Seorang Yummy Mummy!"

Post a Comment