Hot !

Pramugari Penerbangan China Boleh Belasah Penumpang?




Pramugari-pramugari syarikat penerbangan China bukan sahaja akan memberi anda servis terbaik, malah boleh mempertahankan anda dari pengganas ataupun pertahankan diri mereka daripada pelanggan yang liar!

Pelatih 'kung fu' telah dijemput untuk memberi latihan 'kung fu' di bandar Chengdu. Seramai 200,000 pelajar syarikat penerbangan diberi latihan untuk menendang, menumbuk dan memukul sesiapa yang memberi masalah dalam perjalanan penerbangan. 

Pakar seni mempertahankan diri Tu Tengyao, 32 telah menandatangani kontrak bersama Southwest Airline College untuk memberi latihan kepada semua para pelajar supaya boleh menjadi seperti 'Bruce Lee' ketika di dalam kapal terbang.

Tu Tengyao berkata bahawa oleh sebab krew kapal terbang tidak dibenarkan menggunakan senjata ketika perjalanan penerbangan di langit, 'kung fu' adalah seni mempertahankan diri yang sesuai dipelajari supaya mereka dapat mengendalikan masalah yang mungkin berlaku dalam penerbangan tersebut.




Menurut The New York Post, dia turut berkata bahawa isu pengganas semakin manjadi-jadi dan ia adalah penting untuk krew-krew kapal terbang mempelajari seni mempertahankan diri. Selain itu, wakil dari kolej itu berkata 'kung fu' juga sesuai digunakan dalam keadaan yang sempit di kapal terbang.

Nama kursus 'kung fu' tersebut ialah 'Eighteen combat movements of anti-terror in civil aviation'.

Sebenarnya, ini bukan kali pertama krew-krew kapal terbang mempelajari seni mempertahankan diri. Pada tahun 2011, terdapat sebuah video yang menunjukkan bahawa pramugari Hong Kong Airlines menjalankan latihan 'wingchun', salah satu seni mempertahankan diri.





Adakah anda rasa lebih selamat dengan adanya krew kapal terbang yang boleh berkung fu?




Kredit gambar: Mashable.com, The New York Post

Kredit video: WSJ Online, YouTube

0 Response to "Pramugari Penerbangan China Boleh Belasah Penumpang?"

Post a Comment