Seorang lelaki orang Asli ditemui maut selepas terjatuh dan tersangkut di atas dahan pokok petai dalam kejadian di Taman Seri Emas.
Jony Pandak, 29, dipercayai tersilap langkah lalu terjatuh dan tersangkut pada dahan pokok ketika sedang mengutip petai di pokok setinggi 10 meter berkenaan.
Jurucakap Bomba Negeri berkata, pihaknya yang menerima maklumat berhubung perkara itu segera bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya, anggota bomba yang tiba ditempat kejadian mendapati mangsa dalam keadaan lemah dan tidak sedarkan diri ketika diturunkan.
Menurutnya, anggota bomba yang tiba ditempat kejadian mendapati mangsa dalam keadaan lemah dan tidak sedarkan diri ketika diturunkan.
"Pasukan perubatan yang bergegas ke tempat kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
"Jarak daripada jalan utama ke lokasi kira-kira 3 kilometer dan hanya boleh dilalui jalan denai,"katanya.
Beliau berkata, anggota penyelamat terpaksa menggunakan tali dan stretcher untuk menurunkan mangsa lalu dibawa ke Hospital Kampar untuk tindakan lanjut.
Sumber : Metro
0 Response to "Punca Sebenar Lelaki mati tersangkut pokok di Taman Seri Emas"
Post a Comment