Hot !

BBC Temuramah Khaled Meshal, Ketua Biro Politik Hamas


Sampai bila kemelut Palestin dan Gaza akan ditamatkan?


Umum mengetahui peperangan ini sudah berterusan lebih setengah abad! Namun belum ada usaha usaha pendamaian berlaku di kedua dua belah pihak.


Terkini perang di Gaza sudah masuk hari ke 39. Apa yang bakal berlaku kelak? Apa HAMAS dapat menuntut sebuah negara Palestin merdeka.


Ikuti temuramah BBC bersama Khaled Meshal yang menegaskan:


1.Pendirian Palestin terhadap gencatan senjata
2.Pembohongan dan jenayah Israel
3.Hala tuju kerajaan perpaduan Palestin


BBC : Berapa lama kamu sanggup lihat kesengsaraan rakyat Gaza?


KM : Salahkan Israel. Kami menolak perjanjian damai kerana perjanjian ini akhirnya mengukuhkan kepungan ke atas Gaza. Sudah 8 tahun kami terseksa dengan kepungan.


Pendirian rakyat Gaza :


“Jangan sekadar hentikan serangan tapi hentikan kepungan.”


Kami tidak sekadar mahu hentikan kematian yang segera yang akhirnya membawa kepada kematian yang perlahan-lahan.”


BBC : HAMAS menggunakan human shield dan menyimpan roket di sekolah.


KM : Ini satu penipuan. Roket-roket HAMAS berada di bawah tanah dan Israel takkan mampu mendekatinya.


BBC : Kenapa kamu arahkan rakyat Palestin untuk tidak keluar rumah walhal Israel mengeluarkan arahan kepada rakyat Palestin untuk lari dari rumah sebelum serangan.


KM : Ini adalah cubaan untuk menghalau rakyat Gaza untuk meninggalkan tanah mereka. Mereka bersusah payah membina rumah mereka kenapa akhirnya mereka perlu tinggalkannya?


Kami tidak mengeluarkan arahan untuk tidak keluar dari rumah. Kami mengeluarkan arahan untuk rakyat Gaza untuk terus teguh. Dan mereka menzahirkan keteguhan mereka dengan terus berada di atas tanah mereka.


HAMAS menumpukan untuk menghapuskan tentera Israel tetapi Israel apabila gagal melumpuhkan HAMAS mereka membalas dendam dengan menyerang orang awam.


BBC : Dengan segala bentuk serangan dari Gaza, Israel ada hak untuk pertahankan diri dan membalas serangan.


KM : Tiada negara yg boleh terima penjajahan. Israel adalah perompak dan Palestin yang teraniaya. Palestin yang berhak mempertahankan diri. Dunia berpura pura. Terima demokrasi Israel tetapi menolak demokrasi Palestin. Apabila HAMAS menang pilihan raya, HAMAS diabaikan hak mereka.


BBC : Apakah strategi HAMAS


KM : Dapatkan semula negara Palestin yang berdaulat. Israel memang lagi kuat dari Palestin tapi bangsa yang berjuang dengan sebab yang benar akan menang tidak kira berapa lama masa yang diperlukan


BBC : Apakah tuntutan HAMAS dari genjatan senjata


KM : Hentikan serangan, hentikan kepungan


BBC : Kenapa tidak terima ’2 stage solution’. Terima genjatan senjata kemudian baru kita akan berbincang tentang masa depan Palestin.


KM : Kami mahukan jaminan yang tulen. Sudah berlalu banyak perjanjian yang dibuat sebelum ini tetapi tidak ditepati. Hentikan kepungan dan kami mahukan hubungan antarabangsa (lapangan terbang, pelabuhan)


Tidakkah kamu perhatikan Yassir Arrafat dia menggunakan kaedah ‘step by step’ dan kononnya kami akan mendapat tanah Palestin semula selepas 5 tahun melalui perjanjian Oslo. Tetapi setelah 20 tahun tiada apa yang dicapai.


Undang-undang dunia telah lama mengiktiraf hak rakyat Palestin terhadap tanah mereka. Kenapa sesuatu yang sudah termaktub dalam undang-undang perlukan ‘step by step’? Pulangkan segera hak rakyat Palestin.


BBC : HAMAS makin lemah. IM dah lemah di Mesir. Hubungan Iran dah keruh


KM : Ya ini peperangan yg sukar tapi HAMAS tidak akan mengalah. Kami berjuang bukan kerana wujudnya sekutu tetapi kami berjuang kerana kebenaran.


BBC : Di manakah pakatan dgn Fatah yang dibuat sebelum ini?


KM : Fatah bersama HAMAS. HAMAS akan berusaha utk menjayakan pakatan ini.


BBC : Kenapa masih ada berlaku pergeseran HAMAS FATAH jika benar ada pakatan?


KM : Pergeseran perkara biasa. Kami akan menjayakan pakatan ini.


BBC : Apakah HAMAS akan terus menggunakan kekerasan?


KM : Kekerasan adalah wasilah (jalan) . Hadaf (matlamat) adalah mendapatkan semula Palestin yang berdaulat.


60 tahun kami berjuang dgn cara yang aman. Senjata adalah satu-satunya jalan yang tinggal. Dunia tidak memberi HAMAS pilihan kecuali kekerasan.


BBC : Apa pendapat kamu tentang Intifadhah ke 3


KM : Netanyahu gagalkan pelan damai dari John Kerry. Kamu sekat kami dari segala sudut. Apa yang kamu harapkan selain memang akan ada kebangkitan dari rakyat Palestin.


BBC : Bila akan berakhir konflik ini?


KM : Mungkin malam ini. Mungkin malam esok. Tapi saya bercita-cita untuk menghentikan semua perkara ini segera. Mesej saya kepada rakyat Gaza :


“Saya telah berusaha sebaik mungkin dari sudut politik dan saya pasti akan membela darah-darah kamu.”


Alih bahasa temuramah ini disediakan oleh Saudari Nurul Fauwiza Mohd Fauzi


via TheVocket

0 Response to "BBC Temuramah Khaled Meshal, Ketua Biro Politik Hamas"

Post a Comment