Hot !

Remaja di Ipoh maut selepas tonton Piala Dunia



Ipoh: Kegembiraan sekumpulan remaja pulang selepas menonton perlawanan Piala Dunia bertukar tragedi apabila seorang daripada maut dalam kemalangan di Kilometer 265, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), berhampiran Terowong Menora dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, Muhammad Zaki Amir, 18, yang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ dikatakan merempuh belakang sebuah treler selepas motosikalnya hilang kawalan.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar, berkata siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa bersama lapan rakannya dalam perjalanan ke Kuala Kangsar selepas selesai menonton perlawanan awal pagi semalam di bandar raya ini.










0 Response to "Remaja di Ipoh maut selepas tonton Piala Dunia"

Post a Comment