Hot !

Piala Dunia: Peminat Jepun malu dengan prestasi Pengadil Nishimura



TOKYO - Peminat bola sepak di Jepun berasa malu terhadap prestasi pengadil dari negara mereka, Yuichi Nishimura yang menimbulkan kontroversi apabila dilihat membantu pasukan Brazil memenangi perlawanan pembukaan Piala Dunia 2014 dengan menewaskan Croatia 3-1, sekali gus menjejaskan pertandingan berprestij itu.

Media sosial di Jepun mempertikai keputusan Nishimura menghadiahkan penalti kepada Brazil yang telah mengubah keseimbangan perlawanan yang sepatutnya sengit. Beberapa gambar pengadil yang digubah menunjukkan pengadil itu menyarung jersi Brazil turut dimuat naik ke laman sosial.

"Terdapat banyak pihak yang mengkritik prestasi Nishimura, tetapi memang betul. Itu bukanlah penalti. Rasa kasihan kepada Croatia," menurut seorang penyokong Jepun dengan nama @shinokc di laman Twitter.

Seorang yang menggunakan nama @tonbuhin di laman Twitter pula memanaskan lagi keadaan dengan menyatakan jika Brazil menjulang piala tersebut, maka orang dari seluruh dunia akan mengatakan bahawa Nishimura merupakan Pemain Paling Bernilai (MVP).

Dalam perlawanan tersebut, pengadil berusia 42 tahun itu membatalkan gol Croatia dan sepatutnya melayangkan kad merah kepada bintang Brazil, Neymar kerana menyiku Luka Modric.

Nishimura menjadi pengadil perlawanan antarabangsa sejak 2004, dan telah mengadili beberapa pertandingan termasuk Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Pada Piala Negara-negara Afrika 2008, Nishimura telah ditolak pemain-pemain Angola dalam perlawanan ?panas? suku akhir dengan Mesir tetapi gagal untuk melayangkan kad merah kepada sesiapa dan pengadil itu tidak muncul bagi baki perlawanan dalam pertandingan tersebut.

Pada 2010, penyokong Congo tidak berpuas hati dengan prestasi Nishimura dalam satu perlawanan Piala Kelab Dunia dan tersalah sasaran apabila merosakkan restoran Cina di negara mereka untuk membalas dendam. - AFP

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140614/sl_03/Peminat-Jepun-malu-dengan-prestasi-Nishimura#ixzz34Z0wiCGa
© Utusan Melayu (M) Bhd










0 Response to "Piala Dunia: Peminat Jepun malu dengan prestasi Pengadil Nishimura"

Post a Comment