![]() |
Sekadar gamar hiasan |
Namun, baru-baru ini, ketika teman SS menghadiri sebuah majlis dia bertemu selebriti ini dan tidak menyangka dia berani melakukan perbuatan yang menyakitkan mata.
Menurut teman SS, selebriti berkenaan datang bersama seorang teman yang pada mulanya teman SS sangkakan teman biasa saja. Tetapi, apabila semakin lama berada di situ mereka semakin ligat dan berani menunjukkan aksi mesra di depan khalayak.
Teman SS yang berada di situ sudah mula naik meluat, daripada duduk berjauhan, mereka semakin intim dan mula berpelukan seperti tidak mempedulikan orang lain yang ada di situ.
Geram juga teman SS melihat gelagat mereka berdua. Kata teman SS, selebriti itu seperti tidak peduli apabila orang ramai mula memerhatikannya. Bagi mengelakkan dirinya terus menjadi perhatian, dia melepaskan pelukan itu. Namun apabila orang ramai terleka dengan persembahan yang disediakan ketika itu dia mula buat perangai lagi.
Teman SS terpinga-pinga juga kerana tidak faham mengapa selebriti berkenaan bersikap demikian. Walaupun majlis yang dihadirinya bukanlah majlis rasmi tetapi janganlah sampai tidak menghormati orang lain.
Sudahlah dia hadir dengan penampilan seksinya, buat pula aksi menyakitkan mata. Ibarat sengaja mencari publisiti murahan pula, keluh teman SS. SS kadang kala terfikir juga mungkin apa yang dia lakukan hanya perkara biasa yang menurutnya kalau dia bersikap begitu orang tidak perasan disebabkan dia kurang popular.
Tidak SS nafikan, walaupun sudah lama berada dalam industri ini masih ada lagi yang tidak mengenali selebriti berkenaan kerana itulah dia agaknya ambil kesempatan buat perangai sebegitu.
SS@Harian Metro
0 Response to "Artis wanita tak malu berpelukan dengan lelaki dalam majlis"
Post a Comment