![]() |
Ustaz Lotfi |
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata Lotfi telah disingkir keluar dari parti itu bulan lalu apabila dakwaan pembabitannya dengan kumpulan militan di Syria muncul di media dan juga media sosial.
"Kami menjalankan siasatan kami sendiri dan memutuskan untuk menamatkan keahlian Lotfi.
"Ini menjadi peringatan dan amaran kepada semua ahli-ahli kami untuk tidak mengaitkan diri mereka dengan mana-mana kumpulan militan, kerana kita tidak menyokong keganasan," katanya.
Mustafa berkata demikian sebagai memberi tindak balas terhadap laporan The Star yang mengetengahkan penglibatan Lotfi dalam kumpulan militan di Syria.
Lotfi dilaporkan menyatakan hasrat untuk mempertahankan hak-hak orang-orang Syria yang ditindas.
0 Response to "PAS Pecat Ustaz Lotfi Sertai 'Jihad' Di Syria"
Post a Comment