Hot !

WARGA EMAS 70 TAHUN MATI DIBUNUH DI DEPAN RUMAH !




BUKIT MERTAJAM – Seorang warga emas ditemui mati dipercayai dibunuh, di hadapan rumahnya di Kubang Ulu di sini semalam.

Mayat Ong Ang Heap, 70, dengan kesan kecederaan di dada dan kepala serta hidung berdarah ditemui anak lelakinya pada pukul 3.15 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata, lelaki berusia 21 tahun yang bekerja sebagai jurugambar itu melihat ayahnya terbaring kaku di hadapan rumah ketika dia ke rumah itu untuk mengambil barang.

“Dia cuba memberi bantuan kecemasan tetapi ayahnya tidak memberi sebarang respons,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal, polis mendapati beberapa kesan kecederaan pada mayat lelaki warga emas itu iaitu luka di dada dan kesan dipukul dengan kayu di kepala.

Mazlan berkata, polis turut menemui serpihan kayu dan pisau tidak jauh daripada mayat mangsa.

“Ketika kejadian warga emas itu tinggal seorang diri kerana anak perempuannya sedang menjaga isteri mangsa di Hospital Bukit Mertajam (HBM) sejak Ahad manakala anak lelaki yang menemuinya itu tinggal berasingan,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke HBM untuk dibedah siasat.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan, lapor Bernama.

sumber

0 Response to "WARGA EMAS 70 TAHUN MATI DIBUNUH DI DEPAN RUMAH !"

Post a Comment