Hot !

ALAMAT PADA KAD JEMPUTAN KAHWIN ANAK, PUNCA AHMAD SAID MINTA TANGGUH PELEPASAN JAWATAN SEBAGAI MB ?





Seperti diketahui umum, Datuk Seri Ahmad Said tidak menolak antara punca beliau keluar dari Umno dan menjadi calon bebas selepas tidak lagi bergelar Menteri Besar Terengganu adalah ‘merajuk’ kerana pertukaran jawatan tidak dilakukan selepas majlis kenduri kahwin anaknya pada 17 Mei ini.

Selepas melihat kad undangan majlis perkahwinan itu yang sudah diedarkan, serba sedikit terjawablah persoalan mengapa hal ini begitu sensitif buat Ahmad Said.

Barangkali selain membayangkan bahawa beliau perlu berbual tentang kedudukan sebagai ‘bekas’ MB di majlis kelak, kad yang sudah diedarkan masih menggunakan alamat Kediaman Menteri Besar Terengganu.

Jadi Ahmad Said mungkin berasakan, ini akan menjadi satu perkara yang memalukan dirinya dan keluarga kelak.

Apa pun, sesetengah pihak pasti menyalahkan Ahmad Said kerana terlalu mengikut hati semata-mata hal peribadi hingga merisikokan harga yang terlalu besar untuk parti. -MYNEWSHUB

sumber

0 Response to "ALAMAT PADA KAD JEMPUTAN KAHWIN ANAK, PUNCA AHMAD SAID MINTA TANGGUH PELEPASAN JAWATAN SEBAGAI MB ?"

Post a Comment