Hot !

Siti Nurhaliza kecewa lagunya dicetak rompak


Penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza meluahkan rasa kecewanya selepas single tebarunya "Jaga Dia Untukku" telah dicetak rompak oleh pihak tidak bertanggungjawab.



Siti Nurhaliza kecewa lagunya dicetak rompak, hiburan, info, terkini, artis,



Menurut Siti, dia mendapat tahu perkara berkenaan selepas diberitahu oleh pihak Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selepas mendapati single yang dipasarkan menerusi iTunes pada 3 April lalu boleh dimuat turun secara percuma di beberapa laman Internet.

 



"Ini sesuatu yang sangat mengecewakan kerana ada pihak yang tidak bertanggunjawab mengambil jalan mudah tanpa memikirkan kesusahan pihak lain yang menghasilkan lagu tersebut.

"Saya sendiri telah turun padang mempromosikan lagu ini secara eksklusif di radio Hot FM pada 3 Mei lalu.






"Malah para peminat saya juga mendapatkan lagu ini dengan melanggan di iTunes. Tetapi pada masa sama, ada pihak yang tidak bertanggungjawab mencuri hasil kerja orang lain," katanya kepada sebuah portal hiburan tempatan.

Dalam pada itu, Siti berharap agar peminat atau penyokong industri muzik diberi kesedaran mengenai kesalahan dan impak sesebuah lagu yang dimuat turun secara haram.

Sumber : tupai.com.my

 

0 Response to "Siti Nurhaliza kecewa lagunya dicetak rompak"

Post a Comment