Hot !

PADAH SERANG POLIS GUNA BAKAKUK




Lahad Datu – Seorang lelaki yang cuba menyerang anggota polis menggunakan senjata bakakuk buatan sendiri dan sebilah pedang samurai maut ditembak di ladang sawit, Jalan Segama, dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian pada 1 petang itu, suspek dikenali sebagai Kumis, 50, mati di tempat kejadian akibat terkena dua das tembakan di bahagian perut dan kaki.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Omar Mammah berkata, siasatan awal mendapati sebelum kejadian suspek dikatakan mengugut penolong pengurus ladang terbabit menggunakan senjata api jenis bakakuk dan pedang samurai itu.

“Pihak polis yang menerima laporan itu bergegas ke lokasi kejadian dan cuba menahan suspek terbabit.

“Namun suspek mengacukan senjata api bakakuk dan padang samurai ke arah anggota polis.

“Berikutan itu, anggota polis tiada pilihan dan terpaksa mempertahankan diri dengan melepaskan dua das tembakan ke arah suspek berkenaan,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi, lapor Hmetro.
sumber

0 Response to "PADAH SERANG POLIS GUNA BAKAKUK"

Post a Comment