Hot !

[ Hiburan ] Chef Wan Buat Rossa Rasa Terharu


Penyanyi popular dari Indonesia, Dato’ Rossa terharu dengan tindakan Datuk Redzuawan Ismail (Datuk Chef Wan) yang sanggup bersila di atas lantai semata-mata untuk merakamkan gambar penyanyi itu membuat persembahan.



Chef Wan Buat Rossa Rasa Terharu, info, terkini, hiburan, artis



Kejadian itu berlaku malam tadi ketika penyanyi  kecil molek itu sedang menghiburkan penonton sempena malam gala bagi meraikan ulang tahun ke-10 majalah fesyen dan gaya hidup mewah, Glam di Ballroom Hotel JW Marriot, di sini.

 



Ketika Dato’ Rossa sedang asyik mendendangkan lagunya, Datuk Chef Wan yang merupakan peminat tegar penyanyi itu tanpa segan silu telah duduk betul-betul di hadapan pentas bagi merakamkan gambar detik istimewa penyanyi berkenaan.

Portal murai.com.my yang berada di majlis berkenaan sempat merakamkan detik manis itu yang disifatkan satu pendekatan cukup ‘merendah diri’ chef kesayangan ramai berkenaan walaupun dengan gelaran serta pencapaian yang telah dikecapinya selama ini.

Sempat juga Dato’ Rossa melambai ke arah Datuk Chef Wan selepas terperasan sebenaranya bukan jurufoto yang duduk di atas lantai di hadapan pentas berkenaan, tetapi sebenarnya personaliti TV popular  berkenaan.






“Aku sangkakan siapa tadi, rupa-rupanya kamu Datuk. Terima kasih, terima kasih. You are my favorite chef ever, “ kata Dato’ Rossa ringkas sebaik sahaja turun dari pentas sambil menyapa dan bersalaman dengan Datuk Chef Wan.

Sementara itu Datuk Chef Wan berkata, Dato’ Rossa merupakan salah seorang penyanyi dari Indonesia yang diminatinya sejak sekian lama dan mereka pernah digandingkan bersama dalam sebuah program masakan ketika berkunjung ke republik berkenaan.

Sumber : newmalaysianpost.com

 

0 Response to "[ Hiburan ] Chef Wan Buat Rossa Rasa Terharu"

Post a Comment