Hot !

Elfira Loy dihalau balik produksi kerana tak berdisiplin?


Sebelum terima gosip ini, ada juga dengar daripada rakan-rakan wartawan yang beritahu tidak pernah melihat kelibat pelakon, Elfira Loy ketika beberapa kali pergi ke majlis pelancaran serta sidang media pementasan yang dilakonkannya.



Elfira Loy dihalau balik produksi kerana tak berdisiplin?, hiburan, gossip elfira loy, pelakon, artis,



Tertanya-tanya juga, mengapa Elfira tidak hadir ke majlis sidang media sedangkan semua pelakon lain pun hadir lebih-lebih lagi dia menggalas watak utama.

 





Rupa-rupanya, ada seorang rakan beritahu Elfira memang menghadapi masalah disiplin setelah beberapa kali juga tidak hadir ke sesi latihan pementasan tersebut.

Malah,  cerita kononnya Elfira yang hadir sebelum pelancaran pementasan itu bermula baru-baru ini iaitu selepas siap-siap dengan mekap dan costume telah dihalau balik ketika nak buat sound check. Betul ke?

Rupanya penerbit teater tersebut bukan sahaja bengang dengan disiplin Elfira malah para pelakon lain dalam teater tersebut.






Patutlah ketika semasa majlis pelancaran itu, kelibat Elfira tidak nampak malah ketika persembahan teaser untuk teater itu wataknya digantikan dengan seorang pelakon baru sebagai stand in.

Namun,  tidak dapat dipastikan cerita sebenarnya dan hanya Elfira dan penerbit sahaja tahu perkara sebenar.  Jika benar, Murai Batu harap ianya bukan sahaja menjadi pengajaran kepada Elfira malah kepada pelakon lain. – Murai

sumber

Related Posts :

0 Response to "Elfira Loy dihalau balik produksi kerana tak berdisiplin?"

Post a Comment