Pelakon Enot berasa serik untuk berkahwin semula selepas gagal dengan dua perkahwinannya yang terdahulu termasuklah melalui pengalaman ‘menanggung suami’.
Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 34, berkata, biarlah dia bergelar ibu tunggal kepada dua orang anaknya iaitu Andriana Balqis, 13, dan Ariana Qaseh Qistina, 7, daripada menjadi isteri yang terpaksa bekerja untuk suami.
“Saya harap sangat agar tidak berkahwin lagi. Saya lebih rela menjadi ibu tunggal selamanya daripada menanggung suami.
“Apa yang membuatkan saya serik ialah kedua-dua perkahwinan saya yang terdahulu mempunyai masalah yang sama. Sebab itu saya fobia dan serik,” katanya kepada mStar Online pada Rabu.
Pelakon yang dikenali menerusi drama Mat Despatch ini pernah berkahwin dengan Zainul Abidin Mat Noor, 42, pada 21 November 2008 dan bercerai pada Mac tahun lalu.
Enot tidak sanggup lagi terpaksa bekerja untuk menyara suami.
Sebelum itu dia juga pernah bercerai pada tahun 2006 selepas mempunyai dua orang anak iaitu Andriana dan Ariana.

Bagaimanapun, tambah Enot, dia akan menerima takdir sekiranya diberi peluang untuk berkahwin buat kali ketiga.
“Tetapi kalau nak tahu, jika mana-mana lelaki yang cuba dekat dengan saya, cepat-cepat saya akan elak.
“Tak pun… saya cuba melakukan perangai buruk agar ia dapat memberi persepsi negatif mengenai diri saya,” ujarnya.
Sementara itu, Enot turut menasihatkan kepada semua golongan wanita supaya berhati-hati dalam memilih suami.
Katanya, setiap wanita perlu memastikan seseorang lelaki itu mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh agar kehidupan tidak merana pada kemudian hari.
“Saya nasihatkan, carilah lelaki yang bukan sekadar menyayangi kita tetapi mempunyai kewangan kukuh.
“Tak perlu nak kaya, asalkan mereka rajin dan mampu menanggung kita, cukuplah,” ujarnya
Sumber : suara.tv

0 Response to "Terpaksa Tanggung Suami Buat Enot Serik Kahwin"
Post a Comment