Hot !

Bayi Diselamatkan Dari Dibuang Ibu Dalam Mangkuk Tandas

Seorang bayi baru lahir berjaya diselamatkan selepas ibu yang melahirkannya cuba mengepam bayi berkenaan ke dalam tandas.


Wanita itu tidak menyedari dia mengandung dan pergi ke sebuah hospital di China kerana sakit perut.


 


Bayi Diselamatkan Dari Dibuang Ibu Dalam Mangkuk Tandas



Dia melahirkan bayi berkenaan ketika berada di dalam tandas. Menurut Doktor Gao Yuwen yang sedang bertugas, dia terdengar seseorang menjerit di koridor hospital pada kira-kira jam 1 pagi (waktu tempatan).


“Saya meluru keluar dan melihat beberapa orang berkumpul di luar tandas.


“Seorang wanita sibuk mengetuk pintu, meminta wanita di dalam tandas supaya membukanya.


“Tidak lama kedengaran tangisan bayi menangis dari dalam tandas.” Selepas gagal memujuk wanita berkenaan membuka tandas itu, seorang pengawal keselamatan memecahkan pintunya. Gao memberitahu: “Saya nampak bayi itu menangis di dalam mangkuk tandas dengan tali pusat masih ‘terlekat’ pada ibunya sebelum saya menyelamatkannya.” Kedua-dua ibu dan anak berada dilaporkan baik – Agensi


Sumber : Metro

Related Posts :

0 Response to "Bayi Diselamatkan Dari Dibuang Ibu Dalam Mangkuk Tandas"

Post a Comment