Saja admin nak kongsikan 7 jenis status ni.
Sebab boleh dikatakan 90% ada benarnya.. Maklum la, zamna Facebooj. Sekadar
hiburan sahaja. Jangan kecil hati dan terasa
1. Check in kat hospital siap snap gambar
sambil ayat sendu2 suruh doakan anak, suami etc.. padahal nak bagitau check in
kat Prince Court Hospital… pesakit pun cuma demam manja2 je.. Kata lah warded
kat GH, mati hidup balik takkan ‘check in’ status fb kan.. huhu
2. Snap gambar anak dalam umah dengan caption
‘alahai anak mama ni bla bla bla…’.. padahal nak tunjuk sofa, tv or perabot baru
yg jadi objek latar belakangnya.. Yerla kalau tak buat macam tu orang tak tau
kan.. Takkan semua orang nak jemput datang rumah..
3. Syukur tak henti2.. ‘Alhamdulillah rezeki
yang semakin melimpah ruah, makin masyukk..bla bla bla’.. Alhamdulillah itu dan
ini.. padahal nak orang tau betapa mewah atau kayanyer dia sekarang (sebenarnyer
takde pun).. Kalau ikhlas nak bersyukur, terus lah sujud kepada Allah swt..
sesungguhnya Allah itu ada dimana2.. tak perlu guna fesbuk sebagai orang
tengah!!
4. Tangkap pic dalam kereta…eh pastinyer kena
nampak stereng sekali.. Caption, biasala.. ‘Ala jam la jalan… gud morning
semua.. letih la hari ni.. etc etc..’ Padahal nak tunjuk lambang kat stereng
kereta tu.. Hello kalau bawak Lamborghini ke Porche ke ok la.. Setakat Honda,
Toyota, Nissan dan yang sewaktu dengannya, rentikanlah dik !
5. Check in kat shopping mall dengan status
‘shopping untuk hilangkan stress’ atau ‘ahhh hari2 shopping, abes la duit i..’
atau ‘hmm I kalau bershopping mcm ni la..susah nak berhenti’… hahaha kelakar
kan.. sebenarnya nak bagitau orang lain yang dia banyak duit boleh shopping
hari-hari. Ade yang jenis siap snap gambo paper bag lagi, nak tayang brand.. nak
lagi parah siap snap tanda harga.. kalau gitu sah lah, korang ade penyakit
‘CULTURE SHOCK’ !
6. 24 hours duk update pasal anak dia.. anak
dia la paling cerdik, anak dia la paling comey.. mcm orang lain takde anak..
takpun sibuk update pasal Laki dia.. Laki dia la yang paling kaya, laki dia la
yang paling loving, laki dia itu laki dia ini.. hmm yunk memangla itu facebook
awak, tapi awak bukan Kate Middleton atau Diva Siti Nurhaliza. Orang tanak tau
setiap inci pasal keluarga awak!!
7. Tangkap pic sendiri (mulut biasala muncung,
herot segala bagai), dengan caption ‘muka tanpa mekap..mata panda letih tak
cukup tdo bla bla bla…’ dengan harapan ade la orang lain komen.. “eh u still
nampak comel la.. nampak muda la dari umur sebenar etc etc” hmm.. lu pikir la
sendiri..
Yang lain-lain korang isilah
sendiri!
Sumber: Harianblogger
0 Response to "7 Jenis Status Facebook Yang Mempunyai Rahsia Tersirat Yang Perlu Anda Tahu!"
Post a Comment