Hot !

Zahid Hamidi selar Obama

Datuk Seri Dr  hari ini menyelar Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang menyifatkan Malaysia tidak berlaku adil dalam konteks agama kepada semua kaum.


Menteri Dalam Negeri itu berkata peluang yang adil dan saksama diberikan kepada semua agama dan semua penganut agama sememangnya tidak menghadapi apa-apa kekangan mengamalkan agama di negara ini.



“Kita berikan peluang yang sama? kepada bukan Islam dan kerajaan Malaysia berlaku adil kepada semua agama.


“Saya tidak fikir ada halangan untuk mengamalkan agama di sini. Berat sebelah dalam agama perlu dijauhi kerana kita perlu menghormati agama lain supaya agama lain menghormati agama kita,” katanya pada satu sidang media selepas merasmikan Bengkel Keadilan Jenayah Penyeludupan Manusia kali ke-4 Asean di Kuala Lumpur hari ini.


Semalam, Obama berkata, Malaysia perlu memastikan masyarakat bukan Islam di negara ini mendapat peluang yang sama seperti majoriti penduduk beragama Islam jika negara ini mahu terus makmur.


Katanya, masyarakat bukan Islam di Malaysia pada masa ini berdepan permusuhan, dan ada yang rasa tertindas, lapor The Malaysian Insider.

Related Posts :

  • Zahid Hamidi selar ObamaDatuk Seri Dr  hari ini menyelar Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang menyifatkan Malaysia tidak berlaku adil dalam konteks agama kep… Read More...

0 Response to "Zahid Hamidi selar Obama"

Post a Comment