Hot !

Dah mengandung luar nikah, bapanya pula tak tahu siapa...





PENYANYI kontroversi Miley Cyrus didakwa sudah hamil. Namun keadaan

menjadi lebih teruk apabila penyanyi lagu Wrecking Ball itu tidak tahu siapakah

bapa kepada bayi yang dikandungnya itu.



Menurut laporan majalah Life Style edisi April 2014, salah satu sumber yang

rapat dengan Miley berkata penyanyi itu hamil tanpa dirancang akibat

kehidupannya yang semakin liar.

 

 




Sumber itu menambah, hampir setiap malam Miley bersama dengan lelaki yang 

berlainan dan tanpa disedari dia pula hamil.



Tidak lama selepas berita itu dikeluarkan, jurucakap Miley menafikan dakwaan

tersebut dan mengatakan ia hanyalah berita yang direka-reka.



"Tidak ada yang benar dalam laporan (Life Style) itu," katanya ringkas.




0 Response to "Dah mengandung luar nikah, bapanya pula tak tahu siapa..."

Post a Comment