Hot !

BONGKAR! TRAGEDI PERKAHWINAN PAKSA







                                         Perkahwinan Di Bawah Umur




Tragedi Perkahwinan Paksa





Kisah perkahwinan paksa yang berakhir dengan tragedi adalah secebis kisah 

dari Nigeria yang ingin kita kongsikan bersama.



Perkahwinan kanak-kanak adalah perkara biasa di Nigeria terutamanya dikhala-

ngan penduduk Islam dan miskin. Bagi keluarga miskin ini, perkahwinan adalah 

cara terbaik untuk mengurangkan beban. Jika mereka mengahwinkan anak 

mereka bermaksud, satu suapan sudah berkurangan.  


Malangnya tidak semua perkahwinan yang diatur membawa kebaikan. Mungkin 

kepada keluarga ianya adalah kebaikan. Tapi tidak kepada empunya diri. 

Inilah yang terjadi kepada pasangan Wasila Umaru dan Umaru Sani. 



Membunuh Untuk Akhiri Perkahwinan Paksa


Wasila Umaru yang berusia empat belas tahun, dipaksa mengahwini Umaru Sani 

yang berusia 35 tahun. Perkahwinan ini berakhir dengan tragedi apabila Wasila 

Umaru bertekadmengakhiri perkahwinan tersebut dengan cara membunuh 

apabila mencampurkan racun tikus kedalam hidangan nasi yang disediakan 

untuk meraikan perkahwinan mereka. 



Akibat keracunan, Pengantin lelaki dan rakannya meninggal dunia pada hari 

yang sama, manakala dua lagi mangsa meninggal di hospital keesokan hari. 

Umaru mengaku melakukan perbuatan tersebut kerana dia dipaksa untuk 

berkahwin dengan seorang lelaki yang dia tidak suka. Kesian dengan nasib 

mereka ni. Gadis malang ini kini berdepan dengan hukuman penjara seumur 

hidup.



Alhamdulillah kita di Malaysia masih terkawal, biar pun ada juga kes-kes terpencil. Akibat kemiskinan macm-macam boleh berlakukan.

















sumber: isulagi.blogspot.com

0 Response to "BONGKAR! TRAGEDI PERKAHWINAN PAKSA"

Post a Comment