Hot !

Vietnam Jumpa Objek Kuning Terapung, Bukan Rakit Keselamatan Pesawat MH307

Helikopter penyelamat Vietnam berjaya mendapatkan objek kuning terapung dari laut dan mengenal pasti ia bukan rakit keselamatan daripada pesawat Malaysian Airlines yang hilang seperti yang disyaki pada awalnya, kata pihak berkuasa penerbangan awam negara itu hari ini, seperti dilaporkan oleh Reuters.

“Objek itu berjaya ditemui seperti diminta oleh pusat keselamatan Malaysia, 130 kilomter barat daya pulau Tho Chu. Objek itu dikenal pasti sebagai penutup kabel yang berlumut,” kata Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (DCA) Vietnam di laman webnya.



Pada sidang media jam 12 tengah hari tadi, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk
Azharuddin Abdul Rahman menafikan penemuan bahagian pesawat MH370 di perairan VietnamDCA Vietnam tidak mengesahkan jika objek itu daripada pesawat berkenaan. Ia akan menghantar gambar objek berkenaan ke pusat kawalan arahannya.


Vietnam menghantar sekumpulan helikopter penyelamat untuk memeriksa ‘objek kuning’ terapung di perairannya dan pasukan penyelamat mengesyaki ia mungkin rakit keselamatan daripada pesawat Malaysia yang hilang bersama 239 penumpang, kata seorang menteri seperti dilaporkan oleh Reuters.

Jet Vietnam terlebih dahulu mengesan objek berkenaan awal hari ini tetapi tidak boleh melihatnya pada jarak dekat untuk mengenal pasti apa sebenarnya objek itu, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Vietnam, Pham Quy Tieu yang juga timbalan ketua jawatankuasa penyelamat, kata Reuters.

Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman menafikan bahawa beberapa bahagian pesawat dikesan oleh pihak berkuasa Vietnam.


Beliau berkata, pihak yang bertanggungjawab untuk mencari dan menyelamat sudah mengesahkan laporan “penemuan” dengan pihak berkuasa Vietnam yang menafikannya.


Dilaporkan ada laporan yang belum disahkan mengenai beberapa bahagian pesawat dikatakan dilihat, termasuk kemungkinan pintu dan tumpahan minyak di Laut China Selatan.


“Beberapa laporan dibuat mengenai bahagian yang dilihat oleh organisasi media tetapi tidak ada apa yang kukuh ditemui,” katanya dan menambah dakwaan pasukan pencari dan penyelamatan Vietnam menemui pintu pesawat belum lagi disahkan.


“Kita sudah menghubungi pihak berkuasa Vietnam dan mereka menafikan penemuan itu oleh pasukan pencari dan penyelamat,” kata Azharuddin pada sidang media hari ini.

Related Posts :

0 Response to "Vietnam Jumpa Objek Kuning Terapung, Bukan Rakit Keselamatan Pesawat MH307"

Post a Comment