Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini bersetuju mengerah nelayan laut di kawasan di mana pesawat MH70 milik Malaysia Airlines dilaporkan hilang, bagi tujuan mencari dan menyelamat.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tujuan nelayan dikerahkan adalah sebagai membantu pihak berkuasa sedia ada dalam kerja seharian mereka menangkap ikan di laut dalam.
"Salah satu cara yang boleh kita bantu dalam usaha mencari dan menyelamat ialah dengan menggerakkan nelayan yang ada di seluruh negara terutama kawasan yang terlibat.
"Sebanyak 1,788 bot nelayan C dan C2 melibatkan laut dalam di Kelantan, Terengganu, Perak, Perlis dan Pulau Pinang diarahkan untuk membantu," katanya dalam satu sidang media di Putrajaya, hari ini.Semalam, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau berbincang dengan Ismail supaya menggerakkan persatuan nelayan jika perlu untuk membantu memberikan maklumat bagi merungkai misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu.
0 Response to "Lebih 1,700 Bot Nelayan Laut Dalam Dikerah Bantu Cari Pesawat MH370"
Post a Comment