Shah
Alam: Heboh di media sosial mengenai dua remaja di belas dan di gari oleh
seorang lelaki yang bergelar Datuk, nasib kedua-dua remaja terbabit mendapat
simpati ramai pelayar media sosial dan di kongsi oleh ramai orang.
Puca
kejadian tersebut adalah akibat salah faham dua remaja berusia 17 tahun
dipercayai dibelasah seorang bekas pegawai polis bergelar Datuk yang juga jiran
rakan mereka dalam kejadian di Seksyen 7 di sini, Jumaat lalu.
Dalam
kejadian itu, bekas pegawai polis berkenaan turut dikatakan mengacukan senjata
sebelum melepaskan satu das tembakan ke udara.
Salah
seorang saudara kepada remaja itu menyatakan melalui laman sosial, dua remaja
berkenaan yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak
lama lagi, datang ke rumah rakan mereka untuk mengulangkaji pelajaran namun
rakan mereka tiada di rumah.
Sementara
itu, dalam laman sosial yang dimuatnaik dipercayai anak kepada pemilik rumah,
menyatakan kedua-dua rakannya itu masuk ke rumahnya kerana pintu pagar sudah
terbuka namun tiada sesiapa di rumah sebelum jiran mereka menangkap
kedua-duanya.
"Pintu
pagar terbuka, mereka ingat ada orang di rumah dan selepas mendapati tiada
sesiapa, kedua-duanya keluar sebelum ditangkap jiran.
"Mereka
dituduh mencuri tetapi semua ini salah faham," katanya.
Sementara
itu Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, polis
menerima tiga laporan polis berhubung kejadian itu dan dua remaja berkenaan
sudah dibebaskan selepas disoal siasat.
Katanya,
kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 323 KK dan
Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960.
0 Response to "Punca dua remaja dibelasah dan diacu pistol oleh lelaki bergelar Datuk"
Post a Comment