Hot !

Pesawat Trigana Hilang Ketika Penerbangan Ke Papua

Sebuah pesawat domestik Indonesia yang membawa 54 penumpang dan krew terputus perhubungan dengan pusat kawalan trafik udara pada Ahad di timur daerah Papua.

Pesawat Trigana Hilang Ketika Penerbangan Ke Papua

Memetik laporan Reuters, Ketua Badan SAR Nasional (BASARNAS) Indonesia, Bambang Soelistyo memaklumkan pihak berkuasa telah terputus hubungan dengan pesawat berkenaan.

"Terputus hubungan dengan kapal terbang," kata ketua BASARNAS Bambang Soelystyo kepada Reuters melalui telefon.

Memetik akaun Twitter rasmi BASARNAS, pesawat tersebut merupakan pesawat milik Trigana Air penerbangan TGN267 yang membawa 44 penumpang dewasa, lima kanak-kanak dan lima krew.

Menurut laporan, kali terakhir pesawat itu menghubungi menara ATC Sentani pukul 2.55 petang waktu tempatan.|

Pesawat itu berlepas dari Jayapura pukul 2.22 petang dan sepatutnya tiba di Oksibil pukul 3.04 petang waktu tempatan.

Jurucakap Kementerian Pengangkutan J.A. Barata mengesahkan pesawat itu hilang hubungan.

"Kami tidak pasti apa yang berlaku kepada kapal terbang dan kita menyelaraskan dengan pihak berkuasa tempatan," katanya kepada AFP.

"Cuaca pada masa ini tidak baik, sangat gelap dan mendung. Tidak kondusif untuk carian. Ia kawasan pergunungan."

Pada Disember pesawat AirAsia terbang dari bandar Indonesia Surabaya ke Singapura terhempas di Laut Jawa ketika keadaan cuaca ribut, membunuh semua 162 orang di atas kapal. -AFP

sumber

0 Response to "Pesawat Trigana Hilang Ketika Penerbangan Ke Papua"

Post a Comment