Ada
beberapa cerita yang mana telah diceritakan oleh pengguna lebuh raya pantai
timur 2 (LPT2) sebelum ini yang tidak pernah dibongkarkan oleh mana-mana penulis
dan cerita ini adalah benar dan bukan rekaan penulis sama-mata.
Menurut
salah seorang yang mahu dikenali sebagai Goneng Tukang Masak, beliau dan
keluarga telah pulang dari kuantan dan melalui LPT 2 untuk menuju ke kuala
Terengganu.
foto
hiasan sahaja.
Kisahnya macam ini, pada dalam perjalanan di LPT 2 dan berhampiran dengan sebuah perhentian rehat di lebuh raya itu dan ketika itu anak dan isterinya didalam keretanya ingin membuang air kecil.
Lalu
beliau berhenti disebuah hentian rehat disini dan yang turun untuk membuang air
kecil isteri beliau dan anak perempuannya.
Memang
suasana disekeliling waktu itu sejuk dan berangin sempoi-sempoi bahasa serta
suasana lampu yang dipasang hanya terang bercampur malap.
Pada
ketika itu selang 3 minit beliau melihat anak perempuannya dahulu masuk kedalam
kereta dan disusuli isterinya serta beliau terus beredar apabila memastikan
semuanya cukup berada didalam kereta dan waktu jam tepat 10.30
malam.
Selepas
isterinya masuk kedalam kereta dan berlalu pergi berliau bertanyakan kepada
isterinya tentang air didalam tandas itu kuat (laju) atau tidak… tetapi
isterinya tidak menjawab persaoalannya itu dan berulangkali beliau bertanyakan
soalan itu tetapi masih isterinya tidak menjawab akan soalannya
itu.
Isterinya
terus membisu serta duduk disebalahnya macam tunggul kayu dan tidak berpaling
kepada nya. Beliau telah mengesyakki sesuatu yang berlaku. Setelah 5 minit
perjalanan tiba-tiba telefon beliau berbunyi dari no yang tidak dikenali
beliau.
Lalu
beliau mengangkat telefon itu dan mendengar suara isterinya dalam nada cemas
dengan menyatakan “ kenapa abang tinggalkan saya disini??”
Lantas
beliau berpaling di sebelah penumpang yang disangkakan isteri beliau itu tadi
dan melihat kerusi penumpang itu kosong lalu beliau memberhentikan kereta dengan
serta merta kereta dikaki lima jalan lebuh raya itu.
Mengucap
panjang beliau dan terus membaca ayat-ayat suci AL-QURAN berkaitan dan ketika
itu juga anak-anak beliau seramai 4 orang sedang nyeyak tidur dibelakang kereta
Avanza yang dipandunya itu dan pada ketika itu jam baru menunjukkan 10.35
malam.
Beliau
tidak mengejutkan anak-anaknya takut perkara lain pula berlaku dan beliau terus
berpatah balik dengan susur keluar seterusnya dan mengambil isterinya di hentian
rehat dimana beliau berhenti sebentar tadi.
Pelbagai
cerita yang penulis dengan akan tetapi cerita ini memang penulis dapatkan
sendiri dengan tuan punya badan setelah hampir 1 tahun berlalu peristiwa
ini.
Semasa
penulis mencoretkan cerita ini kepala penulis kembang semacam jer seakan-akan
kawannya yang berada disekitar penulis tahu akan niat penulis ingin memberi tahu
kisah benar ini..
Wallahuakhlam…
Credit PRU14
0 Response to "Misteri LPT2 : Sebelahku Isteri Atau Makhluk Lain ? – Goneng Tukang Masak"
Post a Comment