Hot !

Jumpa Mayat Tukang Masak Dalam Tandas Restoran Di KL



Hanya kerana hutang RM500, seorang tukang masak warga India dibelasah hingga mati oleh rakan senegaranya  di sebuah  restoran di Jalan Tun Sambanthan di Kuala Lumpur, semalam.

Mangsa dikatakan enggan melangsaikan hutang berjumlah RM500 tersebut hingga mendatangkan kemarahan pada suspek.
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah, berkata pihak polis bergegas ke lokasi tersebut selepas mendapat panggilan daripada orang awam pada pukul 1.47 tengah hari yang menjumpai mayat mangsa di dalam tandas.
Mayat mangsa, Sah Raghunath Sah, 39, ketika ditemui berada dalam keadaan terbaring di dalam tandas restoran yang berkunci dari luar.
Bagaimanapun, tiada kesan tikaman pada tubuh mangsa dan pihak polis menahan seorang lelaki warga India berusia lingkungan 20 tahun yang disyaki suspek pembunuh yang ketika itu berada di sebuah kedai berdekatan dengan lokasi kejadian.
“Hasil siasatan awal mendapati, mangsa berhutang RM500 dengan suspek dan enggan membayar balik menyebabkan berlaku pertengkaran sesama mereka,” kata ACP Muhammad Azlee .
Katanya lagi, suspek menumbuk di muka dan di dada mangsa beberapa kali sehingga menyebabkan mangsa pengsan sebelum menarik mangsa ke dalam tandas dan mengunci pintu tandas itu.
Mayat mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Akta Kanun Keseksaan kerana membunuh

0 Response to "Jumpa Mayat Tukang Masak Dalam Tandas Restoran Di KL"

Post a Comment