
JOHOR BARU: Puteri Johor, Tunku Aminah Maimunah
Iskandariah menutup akaun Instagram miliknya selepas menerima komen negatif
kerana tidak memakai tudung.
Bercakap kepada pemberita buat pertama kali
selepas abangnya mempertahankannya daripada kritikan negatif di media sosial
baru-baru ini berkata, Tunku Aminah berkata beliau tidak mahu individu yang
tidak mengenalinya cepat membuat penilaian mengenai cara beliau
berpakaian.
Katanya, semua tindakannya adalah antara beliau
dan Allah.
"Saya percaya ini adalah keputusan terbaik yang
pernah saya buat," kata puteri tunggal kepada Sultan Ibrahim Ibni Almarhum
Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Ibni Almarhum Sultan
Idris Shah.
"Saya sedar bahawa menjadi perhatian ramai
bukan cara saya dan saya benar-benar gembira selepas menutup akaun Instagram
awal bulan ini," katanya.
Tunku Aminah berkata demikian kepada pemberita
selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama SPCA Johor Baru di sebuah
hotel di sini.
Selain itu, Tunku Aminah berkata, beliau
berterima kasih kepada abangnya terutama Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris
kerana mempertahankannya daripada kritikan negatif itu.
"Saya mendapat tahu tentang apa yang beliau
lakukan selepas membacanya dalam akhbar The Star beberapa hari lalu dan semua
saudara-saudara saya memberikan sokongan, saya benar-benar gembira,"
katanya.
Mengulas mengenai akauan Instagram, Tunku
Aminah berkata, pada mulanya beliau mahu berkongsi pandangan dan buah fikirannya
kepada orang ramai.
"Mula-mula saya memuatnaik gambar kucing,
tetapi orang mula memberikan komen buruk yang menyakitkan hati tentang saya
kerana tidak memakai tudung.
"Perkara itu mula berterusan hingga saya
merasakan mereka menceroboh ruang peribadi saya.
"Namun selepas menerima nasihat yang baik
daripada ibu bapa yang risau tentang keselamatan dan kesejahteraan saya,
keputusan diambil untuk menutup semua media sosial," katanya.
Terdahulu, Tunku Idris mempertahankan adiknya
itu dengan berkata Tunku Aminah memakai selendang ketika menghadiri semua acara
keagamaan.
Tunku Idris turut menggunakan media sosial bagi
mempertahankan pakaian adik perempuannya.
0 Response to "Tak Tahan Dikritik Kerana Tak Pakai Tudung, Tunku Aminah NEKAD Buat Tindakan Yang MENGEJUTKAN !"
Post a Comment