Adik Nur
Syafiqah Dalili, 2, yang menghidap biliary atresia (kegagalan fungsi hati) yang
menjalani pembedahan pemindahan hati di China Ahad lalu disahkan telah meninggal
dunia awal pagi tadi.
Perkara
berkenaan disahkan ayahnya, Mohd Razali Shamsuddin, 39, menerusi aplikasi
WhatsApp sebentar tadi.
"Berita
mengatakan Dalili dah tak ada tu memang benar. Dia menghembukan nafas terakhir
kira-kira jam 2.06 pagi tadi (waktu tempatan).
"Dua hari
pertama pembedahan semuanya berjalan lancar...tetapi hari ketiga dia mula demam.
Hari keempat, hanya ALLAH yang maha mengetahui, " katanya.
Dalili telah
selamat menjalani pembedahan pemindahan hati bersama bapanya merupakan
penderma.
Mereka
sekeluarga berlepas ke Hospital Renji 3 September lalu.
Tambahnya,
mereka perlu menyelesaikan beberapa urusan hospital terlebih dahulu sebelum
dapat membawa pulang jenazah Dalili.
"Bila urusan
dekat sini selesai, baru boleh dibawa balik," katanya.
0 Response to "Setelah bertarung nyawa jalani pembedahan akhirnya adik Dalili di jemput ilahi"
Post a Comment